Belajar mencintai khaliq


Bismillah.. Allahumma Solli Ala Muhammad..
Tersenyumlah meskipun dadamu sesak manahan perit hidup ini
Kerana Nabi dahulu lebih menderita membawa agama ini hingga sampai kepada kita..
Pandanglah langit dan bersyukurlah Allah masih memberikan kita nikmat Iman dan Islam.. Alhamdulillah.. ^_^

Monday, 14 December 2015

Allah..susahnya nak faham erti sebuah kehidupan yang sebenar,
susahnya nak faham manusia..
susahnya nak memilih baik dan jahat
susahnya nak bersangka baik
susah,susah dan susah!
semuanya terasa berat dan susah
rasa sakit,marah,geram,meluat dan benci
mulai mengalir dan bersatu di jiwa,
 tak dapat  digambar perasaan ini..
apabila dikhianati
atas suatu kepercayaan yang diberi
mana mungkin agama dijadikan perniagaan
mana mungkin agama digunakan untuk kepentingan peribadi
mana mungkin perjuangan atas jalan dakwah itu dikotori
dengan kemaksiatan
menjadi penyalur nafsu durjana kau itu,
mana mungkin!!!!
jangan jadi duri dalam agama
takut asbab kita Islam yang indah itu dipandang hina
ya Allah,melihatnya membuatkan aku terfikir dan teringat,
benarlah sabda nabi,
ada segolongon umat akhir zaman menjadikan agama
sebagai tempat mengaut keuntungan,
menjadikan agama sebagai topeng
dengan nafsu yang merakus dan membeli
hati manusia.
mudah dan mudah,
tapi ingatlah Allah maha melihat
lagi Maha Berkuasa,
Allah,berilah kami hidayahMu.