Belajar mencintai khaliq


Bismillah.. Allahumma Solli Ala Muhammad..
Tersenyumlah meskipun dadamu sesak manahan perit hidup ini
Kerana Nabi dahulu lebih menderita membawa agama ini hingga sampai kepada kita..
Pandanglah langit dan bersyukurlah Allah masih memberikan kita nikmat Iman dan Islam.. Alhamdulillah.. ^_^

Thursday 8 June 2017

Alhamdulillah.. 14 Ramadhan.. tak sedar pantasnya masa berlalu..
maka nikmat Tuhan yang manakah kita dustakan lagi?
Allah buka seluas-luasnya pintu rahmatNya buat para hamba
lah,untuk kembali kepadaNya
bukan yang menyeru ini alim
maksum lagi la..
aku bukan nabi
bahkan aku jua pendosa
yang ingin sama2 menjetik rasa
bahawa Allah sahaja yang memahami kita
Allah sahaja tempat kembali
jom.. masa tak pernah tunggu kita
jom belajar jadi baik
usaha buat baik.
t
engoklah sahabat-sahabat yang positif 
disekeliing kita.. 
agar kita jadi baik macam dia.


Thursday 24 November 2016

Sesungguhnya Allah bersama sangkaan hambaNYA..
jika positif fikirmu,maka positiflah hasilnya
jika negatif sangkamu,negatiflah dapatnya
"engkaulah apa yang kau fikirkan...."
good decisions come from experience,and experience comes from bad decisions....
got it???? learn something??? yes.. me too.. life its not what people create.. but what you think and create.

Tuesday 21 June 2016

Wanita ini punya seribu 1 kekuatan
dalam menguatkan hati melaksanakan sebuah amanah
kerana mengharap redhaNya
Walhal  dia cuma wanita biasa yang lemah
Tetapi,kerana bergantungnya pada Rabb
semua keperitan dan kepayahan dirempuh dengan cekal
Wanita ini punya ribuan keluhan
namun di tepis dengan sabar dan tawakkal
Wanita ini punya segala macam keperitan dan penderitaan hidup
namun ditutupi oleh seulas senyuman dan deraian dekahan tawanya
Umie.. terima kasih untuk segalanya
pengorbananmu tiada balasnya
kasihmu tiada terhitung banyaknya
Terima Kasih Allah
kerna kurniakan ku seorang ibu yang solehah
peliharalah dia hingga ke jannah Mu
moga pengakhiran hidupnya dalam husnul khatimah.

Sunday 13 March 2016

Dengan kalam Bismillah
kutuliskan pada  lembaran hidupku
di helaian yang baru
dengan tajuk yang baharu..
setiap yang berlaku ada hikmahnya
koreksi diri,jaga hati
jaga iman
jangan biar ia ternoda oleh dosa
baiki diri,pandang kedepan
jangan patah semangat dengan taqdir Tuhan
pandanglah langit
ukirlah senyuman
Rahmat Tuhan ada
Dia ada untuk kita
Pejamkan mata,nikmatilah udara percuma dari Tuhan
biar segalanya terbawa oleh angin..
berlalu dan tak perlu lagi kembali..
cukup Kasih dan Cinta dari Rabbul Izzati
buat kekuatan hadapi sisa waktu umur ini..
sebelum menghadap yang Esa
dengan kain putih ataupun hitam 

Thursday 25 February 2016

menanti waktu..
pada saat
Allah memberikan petunjuk
keyakinan atas sebuah keputusan
pada saat Allah berikan kekuatan
segalanya menjadi rahsia Tuhan
mana ada tempat bergantung selain Allah?
manusia cuma asbab..
masih menunggu..
moga ada sinaran pada akhirnya
terus menunggu...
moga pada ketika itu..
ianya adalah suratan yang terbaik..
dari Ilahi..
moga tiada yang tersakiti atau terluka
moga tiada dendam dan benci
moga Allah meredhai semuanya..
biar terlalu banyak khilaf yang telah dilakukan
bersama kembali dan bertaubat kepadaNYA..
dan moga Allah memberikan yang terbaik..
untuk diri,agama,kehidupan dan natijah selepas ini..
terima kasih atas segalanya Tuhan..
erti hidup ini..
pada huluran 
yang memberi atas nama cinta
kepada saudaranya
atas nama perikemanusiaan
pada sesama manusia
erti hidup ini..
pada sebuah pengorbanan
membawa risalah agung
menjadi...
penyambung rantai perjuangan
kekasih Tuhan
Muhammad s.a.w..
erti hidup ini..
pada sebuah perjuangan..
melawan hawa nafsu
dalam diri
yang rakus mencari akal
menghanyutkan kita
dari paksi kebenaran
erti ini hidup ini..
adalah...
mencari cinta yang hakiki
milik Tuhan dan kekasihnya..
bukan milik manusia 
yang hanya berbalut nafsu
dan palsu semata
tidak semudah kata
inginkan cinta yang halal
walhal kita..
mencemari akan sebuah kesucian cinta
yang dilabel diredhai DIA..
semuanya dusta belaka!
bagaimana mengalirkan rasa rindu pada si kekasih hati?
tapi Allah tiada dihati?
wujudkah cinta sebelum nikah?
mana ada cinta sebelum nikah!!
yang ada cuma pada nama sebuah kemaksiatan 
yang pasti tidak akan diredhai Allah
ya Allah..berikan kami hidayahMU..