Belajar mencintai khaliq


Bismillah.. Allahumma Solli Ala Muhammad..
Tersenyumlah meskipun dadamu sesak manahan perit hidup ini
Kerana Nabi dahulu lebih menderita membawa agama ini hingga sampai kepada kita..
Pandanglah langit dan bersyukurlah Allah masih memberikan kita nikmat Iman dan Islam.. Alhamdulillah.. ^_^

Monday, 11 January 2016

Bismillah

Titisan jernih mengalir luluh ke bumi,
hati terobek
hati tersiat-siat,
hatinya tercedera,
senyuman manis tetap terukir,
menutupi segala yang tersirat

mampu melihat
dan mampu berdoa
semoga kesakitan itu Allah bayar
dengan rasa yang lebih indah

mohon maaf dari diri ini yang tak sempurna
hatimu terobek
hati ii terseksa
tapiku yakin
hatimu melebihi  untuk DIA

*Dari sahabat solehah*
Jangan pergi jauh sahabat..
"kami" sentiasa ada disisimu
mendekatlah padaNYA
Andai sekali kau lalai,
DIA membuka beribu pintu untuk kau 
dekat padaNYA
DIA sayangkan dirimu sahabat,
kerana itu kau diuji
bila terasa ingin menjauh dari dunia,
itu tanda DIA sedang memanggilmu mendekatiNYA
*Sahabat Fillah :) *
=dari  sahabat  solehah=
jazakillah sahabat
Apa nak jadi dengan diri ini?
makin lama...
makin teruk..
makin lama..
makin hanyut
dalam gelora dosa
hati yang kian leka dan lalai
dari mengingati Allah
dosaku terlalu banyak..
pada Sang Pencipta dan kekasihnya
pada  ibu ayah
pada sahabat2
pada adik beradik
pada orang sekeliling
saudara seakidah
dan...
 pada agamaku...
Penat..aku sudah penat dengan semua ini
aku sudah tidak betah dengan dosaku..
Ya Rabb.. betapa aku ini hina disisiMu T_T
Di antara permata dan emas
Aku bukan sebahagian daripadanya
Aku hanya SERPIHAN KACA..
yang tiada nilainya
tidak dipandang,
bahkan nilainya cuma kosong
yang ada hanya kehinaan
tiada manfaat melainkan mudharat
itulah aku..
serpihan kaca
yang hanya melukai..
ramai manusia
dibenci dan dicerca
jauh sekali dipuji
lantas,untuk apa aku disini?
andai aku hanya menjadi perobek hati manusia???


puisi ini aku terjumpa sewaktu mengemas nota2 lama..