Wanita ini punya seribu 1 kekuatan
dalam menguatkan hati melaksanakan sebuah amanah
kerana mengharap redhaNya
Walhal dia cuma wanita biasa yang lemah
Tetapi,kerana bergantungnya pada Rabb
semua keperitan dan kepayahan dirempuh dengan cekal
Wanita ini punya ribuan keluhan
namun di tepis dengan sabar dan tawakkal
Wanita ini punya segala macam keperitan dan penderitaan hidup
namun ditutupi oleh seulas senyuman dan deraian dekahan tawanya
Umie.. terima kasih untuk segalanya
pengorbananmu tiada balasnya
kasihmu tiada terhitung banyaknya
Terima Kasih Allah
kerna kurniakan ku seorang ibu yang solehah
peliharalah dia hingga ke jannah Mu
moga pengakhiran hidupnya dalam husnul khatimah.