Belajar mencintai khaliq


Bismillah.. Allahumma Solli Ala Muhammad..
Tersenyumlah meskipun dadamu sesak manahan perit hidup ini
Kerana Nabi dahulu lebih menderita membawa agama ini hingga sampai kepada kita..
Pandanglah langit dan bersyukurlah Allah masih memberikan kita nikmat Iman dan Islam.. Alhamdulillah.. ^_^

Thursday, 25 February 2016

erti hidup ini..
pada huluran 
yang memberi atas nama cinta
kepada saudaranya
atas nama perikemanusiaan
pada sesama manusia
erti hidup ini..
pada sebuah pengorbanan
membawa risalah agung
menjadi...
penyambung rantai perjuangan
kekasih Tuhan
Muhammad s.a.w..
erti hidup ini..
pada sebuah perjuangan..
melawan hawa nafsu
dalam diri
yang rakus mencari akal
menghanyutkan kita
dari paksi kebenaran
erti ini hidup ini..
adalah...
mencari cinta yang hakiki
milik Tuhan dan kekasihnya..
bukan milik manusia 
yang hanya berbalut nafsu
dan palsu semata
tidak semudah kata
inginkan cinta yang halal
walhal kita..
mencemari akan sebuah kesucian cinta
yang dilabel diredhai DIA..
semuanya dusta belaka!
bagaimana mengalirkan rasa rindu pada si kekasih hati?
tapi Allah tiada dihati?
wujudkah cinta sebelum nikah?
mana ada cinta sebelum nikah!!
yang ada cuma pada nama sebuah kemaksiatan 
yang pasti tidak akan diredhai Allah
ya Allah..berikan kami hidayahMU.. 

No comments:

Post a Comment