menanti waktu..
pada saat
Allah memberikan petunjuk
keyakinan atas sebuah keputusan
pada saat Allah berikan kekuatan
segalanya menjadi rahsia Tuhan
mana ada tempat bergantung selain Allah?
manusia cuma asbab..
masih menunggu..
moga ada sinaran pada akhirnya
terus menunggu...
moga pada ketika itu..
ianya adalah suratan yang terbaik..
dari Ilahi..
moga tiada yang tersakiti atau terluka
moga tiada dendam dan benci
moga Allah meredhai semuanya..
biar terlalu banyak khilaf yang telah dilakukan
bersama kembali dan bertaubat kepadaNYA..
dan moga Allah memberikan yang terbaik..
untuk diri,agama,kehidupan dan natijah selepas ini..
terima kasih atas segalanya Tuhan..
Assalamualaikum..Apakhabar imanmu hari ini? Ingin mengetahui tentang aku? bukan sesiapa,cuma hamba Dia yang hina.. ku kongsi beberapa coretan untuk aku muhasabah diri.
Belajar mencintai khaliq
Tersenyumlah meskipun dadamu sesak manahan perit hidup ini
Kerana Nabi dahulu lebih menderita membawa agama ini hingga sampai kepada kita..
Pandanglah langit dan bersyukurlah Allah masih memberikan kita nikmat Iman dan Islam.. Alhamdulillah.. ^_^
Thursday, 25 February 2016
erti hidup ini..
pada huluran
yang memberi atas nama cinta
kepada saudaranya
atas nama perikemanusiaan
pada sesama manusia
erti hidup ini..
pada sebuah pengorbanan
membawa risalah agung
menjadi...
penyambung rantai perjuangan
kekasih Tuhan
Muhammad s.a.w..
erti hidup ini..
pada sebuah perjuangan..
melawan hawa nafsu
dalam diri
yang rakus mencari akal
menghanyutkan kita
dari paksi kebenaran
erti ini hidup ini..
adalah...
mencari cinta yang hakiki
milik Tuhan dan kekasihnya..
bukan milik manusia
yang hanya berbalut nafsu
dan palsu semata
tidak semudah kata
inginkan cinta yang halal
walhal kita..
mencemari akan sebuah kesucian cinta
yang dilabel diredhai DIA..
semuanya dusta belaka!
bagaimana mengalirkan rasa rindu pada si kekasih hati?
tapi Allah tiada dihati?
wujudkah cinta sebelum nikah?
mana ada cinta sebelum nikah!!
yang ada cuma pada nama sebuah kemaksiatan
yang pasti tidak akan diredhai Allah
ya Allah..berikan kami hidayahMU..
Bismillah...
dunia ini rakus..
manusia menjadi leka dan alpa
pada sebuah keasyikan dunia
walhal hakikatnya sementara
kita...
hanyalah sekujur diri yang hina
hanyalah dititip oleh sang pencipta
untuk melakar sebuah kisah
bercorak iman dan taqwa
sebelum kita dibawa pulang
ke tempat yang bakal kita duduki
buat..selama-lamanya..
dunia ini rakus..
manusia menjadi leka dan alpa
pada sebuah keasyikan dunia
walhal hakikatnya sementara
kita...
hanyalah sekujur diri yang hina
hanyalah dititip oleh sang pencipta
untuk melakar sebuah kisah
bercorak iman dan taqwa
sebelum kita dibawa pulang
ke tempat yang bakal kita duduki
buat..selama-lamanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)