Jodoh suatu yang sungguh rahsia..
walaupun kita dah berkahwin ,boleh jadi si dia tu hanya Allah datangkan sebagai ujian,
apatah lagi kalau kita cuma bertunang..
apatah lagi kalau kita hanya bercinta tanpa apa-apa ikatan yang kukuh,
lagi la xtahu dia ni jodoh kita ke bukan..
perasaan orang beb.. perasaan kita ni boleh berubah-ubah..
sekarang boleh la cakap cinta giler,sayang giler..
lepas ni? benci giler,sampai xsanggup nak pandang wajah si dia sebab meluat ..
sekarang berani bersumpah sayang die sampai mati,sanggup terima dia walaupun dia ada kekurangan ..
masa bercinta segalanya kelihatan indah,
yang hudoh nampak cantik..nampak hensem..
bila dah kecewa,dah benci..
semuanya kembali ke realiti..
kita mulai..
nampak segala kekurangan si dia,
nampak keburukan si dia,
bahkan lebih jelek daripada rupa dia yang sebenar,,
tu semua sebab perasaan,,,
perasaan boleh bawak kita ke alam khayalan dan nyata..
macam mana nak kawal perasaan kita ni?
Allah kan ada? Dia lah yang mengawal hati kita,
serahkan hati kita pada Allah,
walau diuji,, Dia akan jaga hati kita..
jangan serahkan hati ni pada manusia..
mana kedudukan Allah dalam hati kita?
tepuk dada,tanya iman...... T_T
Assalamualaikum..Apakhabar imanmu hari ini? Ingin mengetahui tentang aku? bukan sesiapa,cuma hamba Dia yang hina.. ku kongsi beberapa coretan untuk aku muhasabah diri.
Belajar mencintai khaliq
Tersenyumlah meskipun dadamu sesak manahan perit hidup ini
Kerana Nabi dahulu lebih menderita membawa agama ini hingga sampai kepada kita..
Pandanglah langit dan bersyukurlah Allah masih memberikan kita nikmat Iman dan Islam.. Alhamdulillah.. ^_^
Saturday, 28 November 2015
Walau sukar untuk bersangka baik..usahalah jugak untuk bersangka baik...
sebab kot mana pun mesti bab prasangka ni wujud dalam diri kita.
Ingat Allah ada berfirman dalam surah al-hujurat yang mengkhabarkan mengenai bersangka.. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka ni adalah dosa.. hmm,susahkan nak bersangka baik ni,, tapi xsemua benda kita kene bersangka baik..kalau dah terang2 nampk benda tu nak bersangka baik apa lagi. ape2 pon..jangan main terima suatu khabar berita tu melainkan kite kene pastikan..dan siasat betul2 agar ia bukan suatu rekaan dan menjadi fitnah pulak.
Tuesday, 10 November 2015
Bismillah..
orang tanye macam mana kita nak jaga hati?
macam mana nak kawal diri ?
dari bermesej dengan berlainan jantina benda yang xpenting?
dari bercouple ala2 islamik?
hmmm..berbicara soal hati..terlalu panjanglah definisinya..
aku bukanlah orang yang pakar untuk berbicara tentang cinta,cuma kalau nak minta sedikit pandangan atau nasihat InsyaAllah mana yang mampu dan mana yang aku tahu boleh la aku kongsi.. Sahabat,
manusia tu punya hati,bila punya hati...maka tentulah ada perasaan...
perasaan ingin cinta dan dicintai,ingin kasih dan dikasihi...
cinta itu adalah fitrah dan anugerah Allah Subhanahu WaTa'ala buat setiap hambaNya,jadi tiada siapa yang dapat menafikan wujudnya perasaan ini dalam diri mereka,jika ada yang menafikannya hurmmm.. xnormallah dia tu :P hehe, gurau je..
maka sahabat,fitrah yang Allah dah bagi ini tidak la salah atau bersalah sama sekali,yang salahnya adalah bila mana kita tidak mampu menguruskan fitrah ini,kita melempiaskan kehendak fitrah ini dengan desakan hawa nafsu dan bisikan-bisikan halus yang penuh kepalsuan.. fitrah yang pada asalnya suci kini sudah terbalut dengan hawa nafsu durjana.. hingga kita tidak dapat beza mana baik dan mana salah,atau kita tidak mampu melawan kehendak hati walaupum kita tahu ianya salah.. sebab tu kita pernah nampakkan bagaimana orang yang asyik bercinta walau dah ditegur tapi mereka mampu memekakkan telinga dan membutakan mata. bahkan tidak perlu terkejut kalau pun kawan kita yang berlatar belakangkan agama pun bisa terjebak dan menjadi seperti orang yang jahil agama bila mana mengikut kehendak nafsu. manusiakan Allah memang letak dalam diri meraka nafsu.. bagaimana nak kawal ia? ada iman kan? Allah bagi nafsu dan iman..
bersyukurlah kita lahir sebagai muslim.. namun sahabat hidayah itu milik Allah.. tiada orang pun yang mampu memberi mudharat pada kita melainkan dengan izin Dia..
maka berdoalah pada yang maha Memelihara untuk menjaga hati kita dari menuju atau terjebak ke kancah maksiat.. padahnya buruk sekali..
aku? bukan tidak pernah diuji.. ingat x firman Allah yang bermaksud jangan kamu mengaku beriman selagi mana belum diuji? haaa... aku dah diuji dengan masalah hati.. suatu perkara yang aku jaga,sungguh sahabat,kita akan diuji dengan apa yang kita jaga..
tapi bangkitlah sebelum kita tersasar lebih jauh.. sebab kalau dah tersesat,sukar untuk patah balik,sakitnya Allah je yang lebih memahami dan mengatahui.. :').. Allah..Alhamdulillah,syukur sangat.. Allah masih jaga hati ini..
anologinya sahabat,menjaga perasaan fitrah yang suci ini ibarat kita berpuasa la.. berpuasa itukan menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari barulah boleh makan..
maka,ketika waktu antara terbit fajar sampai terbenam matahari kalau kita dah duduk siap2 menghadap makanan,minuman..dah acah2..sentuh2,hidu2,bawa makanan tu dekat ke mulut.. anda fikir dan jawab sendiri ade kemungkinan x puasa tu terbatal ? kemungkinan kita akan makan x? kemungkinan itu sangatlah BESAR untuk puasa itu terbatal sebelum sampai waktu yang sepatutnya..sepatutnya buatlah perkara lain yang bermanfaat untuk raih pahala malan dalam waktu tu..bukan menjebakkan diri untuk membatalkan puasa.. Allah kan dah bagi had masa,bukannya puasa tu 24 jam pun.. betul x?
nah... macam tu juga tentang fitrah perasaan kita ni sahabat,semudah analogi yang aku bagi tadi.. mungkin korang lebih hebat kalau aku suruh kaitkan semua ni.. simple dan mudah.. perasaan itu harus dijaga dengan mengikut garis panduan syarak yang telah ditetapkan..orang yang xmampu nak ikot tentulah ia tergoda dengan ajakan nafsu dan bisikan syaitan.. jaga hati kita sehabis daya,lawan..lawan dan ikat hati ini dengan iman,belajar cintakan Allah,bergantung pada Allah,belajar cintakan Rasulullah.. semaikan cinta untuk ibu ayah,guru-guru,sahabat,ilmu.. InsyaAllah sahabat,usah kau sibuk mencari "imam"mu tapi belajarlah menjadi makmun bersama ayah dan abangmu.. jangan sibuk mencari yang "soleh" tapi sibuklah untuk mensolehahahkan dirimu, percayalah pada janji Allah sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik,begitu juga sebaliknya.. kalau engkau telah berkenan pada seseorang,nyatakanlah ia pertamanya kepada pemilik hatimu,kemudian gunakanlah jalan yang betul untuk bertaaruf dengannya,yang Allah redha.. andai kau telah pun mempunyai "tunang" jagalah kesucian hubunganmu itu sahabat,jangan jadikan ia tiket untuk kau bermain kata,menghalakan suatu yang belum pasti menjadi milik kamu.. selagi belum diijab qabulkan percayalah apa saja bisa terjadi,mungkin dia hanya hadir sebagai ujian hidupmu..sahabat,sungguh jodoh itu suatu yang sangat rahsia.. teruslah istikharah dan istisyarah (berbincang) walau hingga hari kau diijab qabulkan.. kerana mungkin dengan itu menjadi bukti kebergantungan diri kita padaNya.. wahai pemilik hati jagalah hati ini..sehingga tiba masanya untuk bertemu pemilik hati setelah Allah dan Rasul..
biar ramai yang meluat,biar sakitnya dirasa,biar dibenci, asal Allah redhai kita..
bangkitlah diri,esok masih ada.. cuma tidak pasti adakah ia milik kita..
Hidayah milik Allah,bukan manusia.. :)
Jom jaga hati... ^_^
*qalam al-munir*

Menghampar kasih pada sang makhluk
si "dia" yang tiada hubungan halal denganmu
si "dia" yang kau puja sebagai kekasih hati
si "dia" yang kau impi menjadi imammu
si "dia" yang kau materai janji sehidup semati
sedang hubunganmu bersama Khaliq terbiar sepi
sedang hubunganmu terhadap kedua orang tuamu hambar
sedang hubunganmu terhadap sahabatmu lesu
sedang hubunganmu terhadap ilmu demi pointer semata
argh..
nikmat Tuhan yang mana kau dustakan?
definisi apa yang mahu kau huraikan tentang cinta?
dalil apakah yang menjadi kekuatan hujah dalam mempertahankan cintamu?
siapakah yang insan yang selayaknya kau cintai dari si "dia"?
sejauh manakah si "dia" kau kasihi?
apakah sanggup kau redah lautan api bersamanya?
atau ianya sekadar ayat hiperbolamu semata?
menjadi pembakar cinta nafsumu?
cinta monyet kah?
kemana kah pengakhiran semua ini?
bahagiakah?
ke syurgakah?
akhir soalan dariku..
Tuhan redakah semua ini????

Melihat orang lain lebih dari kita???
waspadalah dengan hatimu.. sudah terbit cemburu dan takotnya bertukar menjadi hasad ...
lalu bisa mengikis rasa syukur akan nikmat pemberianNya.
sedang manusia itu hakikatnya penuh kekurangan
bahkan kita saling memerlukan agar bisa melengkapi
seketul daging yang baik kan terbias indah pada zahir
Maka ingatlah manusia yang berakhlak Al-Quran ialah kekasih Allah..
Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam..
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak
konklusinya tidak cukup kau tahu
tidak cukup kau kenal saja
tidak cukup kau cuma berbicara
melainkan mencontohinya dalam tingkah laku
itu yang terbaik

Saturday, 7 November 2015
Hati bukan untuk disakiti tapi untk disayangi,
bukan untuk di hina,tapi dimulia
bukan untuk manusia,tapi untuk Tuhan Pencipta sekalian alam...
Hati... Punya perasaan..
kita mampu mencinta manusia,mampu mencinta dunia yg sementara tapi sukar membina cinta buat Dia..
Kita menduakan cinta yg hakiki dn sementara...
Ya Tuhan,kelopak mataku menjadi sakti kedustaan jasad yg menghampar cinta buat manusiawi...
ampuniku ya Robb... Dakaplah hati ini dgn kasih dn rahmatMu...
Langkah hidup diteruskan..
pada sisa waktu yg ada,
kerana mati itu tidak kira waktunya..
Terus berhijrah kepada kebaikan,
wlau terzahir akulah paling berdosa antara kalian...

Mawar...Begitu Indah dan Menawan...
Mawar...Begitu Harum dan Mempesona
Namun...tidak bisa didekati dan dinodai sesuka hatimu..
dilindungi Dgn duri yg penuh bisa..
Xkan mampu di sentuh atau dipetik begitu Sahaja..
Maka,mari ambil ibrah dari makhluk ciptaan Allah ini...
Aplikasikan pada diri kita sebagai muslimah yg punya agama dan maruah..
Yang mahukan redha Allah dlam menuju jannah..

Sunday, 1 November 2015
Sahabat..
Suatu kalimah yang penuh erti..
Aku masih belum mampu merungkai semua itu..
Sebab aku bukanlah sahabat yang baik..
Terlalu ramai insan yang aku sakit..
terlalu ramai sahabat yang kecewa dengan sikapku,,
ya..aku masih belajar memahami akan sabda nabi...yang berbunyi...
"kasihkan saudaramu sebagaimana kita kasihkan diri sendiri"
sungguh aku hanya mementingkan diri aku sendiri..
namun... ketahuilah..aku sedang cuba..
masih cuba..
dan akan terus cuba untuk belajar menjadi sahabat yang baik,,
biarlah aku sakit.. sebab bukan mudah nak selam hati orang lain kan,,
Sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh membawa kita dekat dengan Allah..
kata orang sahabat hingga ke syurga.. ^_^

Subscribe to:
Posts (Atom)