Bismillah..
orang tanye macam mana kita nak jaga hati?
macam mana nak kawal diri ?
dari bermesej dengan berlainan jantina benda yang xpenting?
dari bercouple ala2 islamik?
hmmm..berbicara soal hati..terlalu panjanglah definisinya..
aku bukanlah orang yang pakar untuk berbicara tentang cinta,cuma kalau nak minta sedikit pandangan atau nasihat InsyaAllah mana yang mampu dan mana yang aku tahu boleh la aku kongsi.. Sahabat,
manusia tu punya hati,bila punya hati...maka tentulah ada perasaan...
perasaan ingin cinta dan dicintai,ingin kasih dan dikasihi...
cinta itu adalah fitrah dan anugerah Allah Subhanahu WaTa'ala buat setiap hambaNya,jadi tiada siapa yang dapat menafikan wujudnya perasaan ini dalam diri mereka,jika ada yang menafikannya hurmmm.. xnormallah dia tu :P hehe, gurau je..
maka sahabat,fitrah yang Allah dah bagi ini tidak la salah atau bersalah sama sekali,yang salahnya adalah bila mana kita tidak mampu menguruskan fitrah ini,kita melempiaskan kehendak fitrah ini dengan desakan hawa nafsu dan bisikan-bisikan halus yang penuh kepalsuan.. fitrah yang pada asalnya suci kini sudah terbalut dengan hawa nafsu durjana.. hingga kita tidak dapat beza mana baik dan mana salah,atau kita tidak mampu melawan kehendak hati walaupum kita tahu ianya salah.. sebab tu kita pernah nampakkan bagaimana orang yang asyik bercinta walau dah ditegur tapi mereka mampu memekakkan telinga dan membutakan mata. bahkan tidak perlu terkejut kalau pun kawan kita yang berlatar belakangkan agama pun bisa terjebak dan menjadi seperti orang yang jahil agama bila mana mengikut kehendak nafsu. manusiakan Allah memang letak dalam diri meraka nafsu.. bagaimana nak kawal ia? ada iman kan? Allah bagi nafsu dan iman..
bersyukurlah kita lahir sebagai muslim.. namun sahabat hidayah itu milik Allah.. tiada orang pun yang mampu memberi mudharat pada kita melainkan dengan izin Dia..
maka berdoalah pada yang maha Memelihara untuk menjaga hati kita dari menuju atau terjebak ke kancah maksiat.. padahnya buruk sekali..
aku? bukan tidak pernah diuji.. ingat x firman Allah yang bermaksud jangan kamu mengaku beriman selagi mana belum diuji? haaa... aku dah diuji dengan masalah hati.. suatu perkara yang aku jaga,sungguh sahabat,kita akan diuji dengan apa yang kita jaga..
tapi bangkitlah sebelum kita tersasar lebih jauh.. sebab kalau dah tersesat,sukar untuk patah balik,sakitnya Allah je yang lebih memahami dan mengatahui.. :').. Allah..Alhamdulillah,syukur sangat.. Allah masih jaga hati ini..
anologinya sahabat,menjaga perasaan fitrah yang suci ini ibarat kita berpuasa la.. berpuasa itukan menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari barulah boleh makan..
maka,ketika waktu antara terbit fajar sampai terbenam matahari kalau kita dah duduk siap2 menghadap makanan,minuman..dah acah2..sentuh2,hidu2,bawa makanan tu dekat ke mulut.. anda fikir dan jawab sendiri ade kemungkinan x puasa tu terbatal ? kemungkinan kita akan makan x? kemungkinan itu sangatlah BESAR untuk puasa itu terbatal sebelum sampai waktu yang sepatutnya..sepatutnya buatlah perkara lain yang bermanfaat untuk raih pahala malan dalam waktu tu..bukan menjebakkan diri untuk membatalkan puasa.. Allah kan dah bagi had masa,bukannya puasa tu 24 jam pun.. betul x?
nah... macam tu juga tentang fitrah perasaan kita ni sahabat,semudah analogi yang aku bagi tadi.. mungkin korang lebih hebat kalau aku suruh kaitkan semua ni.. simple dan mudah.. perasaan itu harus dijaga dengan mengikut garis panduan syarak yang telah ditetapkan..orang yang xmampu nak ikot tentulah ia tergoda dengan ajakan nafsu dan bisikan syaitan.. jaga hati kita sehabis daya,lawan..lawan dan ikat hati ini dengan iman,belajar cintakan Allah,bergantung pada Allah,belajar cintakan Rasulullah.. semaikan cinta untuk ibu ayah,guru-guru,sahabat,ilmu.. InsyaAllah sahabat,usah kau sibuk mencari "imam"mu tapi belajarlah menjadi makmun bersama ayah dan abangmu.. jangan sibuk mencari yang "soleh" tapi sibuklah untuk mensolehahahkan dirimu, percayalah pada janji Allah sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik,begitu juga sebaliknya.. kalau engkau telah berkenan pada seseorang,nyatakanlah ia pertamanya kepada pemilik hatimu,kemudian gunakanlah jalan yang betul untuk bertaaruf dengannya,yang Allah redha.. andai kau telah pun mempunyai "tunang" jagalah kesucian hubunganmu itu sahabat,jangan jadikan ia tiket untuk kau bermain kata,menghalakan suatu yang belum pasti menjadi milik kamu.. selagi belum diijab qabulkan percayalah apa saja bisa terjadi,mungkin dia hanya hadir sebagai ujian hidupmu..sahabat,sungguh jodoh itu suatu yang sangat rahsia.. teruslah istikharah dan istisyarah (berbincang) walau hingga hari kau diijab qabulkan.. kerana mungkin dengan itu menjadi bukti kebergantungan diri kita padaNya.. wahai pemilik hati jagalah hati ini..sehingga tiba masanya untuk bertemu pemilik hati setelah Allah dan Rasul..
biar ramai yang meluat,biar sakitnya dirasa,biar dibenci, asal Allah redhai kita..
bangkitlah diri,esok masih ada.. cuma tidak pasti adakah ia milik kita..
Hidayah milik Allah,bukan manusia.. :)
Jom jaga hati... ^_^
*qalam al-munir*
huu... ad blog rupanya...nice
ReplyDeletedah lame ade..baru nak aktifkan.. ade jugak manfaatnye.ye dok???
Delete