Menghampar kasih pada sang makhluk
si "dia" yang tiada hubungan halal denganmu
si "dia" yang kau puja sebagai kekasih hati
si "dia" yang kau impi menjadi imammu
si "dia" yang kau materai janji sehidup semati
sedang hubunganmu bersama Khaliq terbiar sepi
sedang hubunganmu terhadap kedua orang tuamu hambar
sedang hubunganmu terhadap sahabatmu lesu
sedang hubunganmu terhadap ilmu demi pointer semata
argh..
nikmat Tuhan yang mana kau dustakan?
definisi apa yang mahu kau huraikan tentang cinta?
dalil apakah yang menjadi kekuatan hujah dalam mempertahankan cintamu?
siapakah yang insan yang selayaknya kau cintai dari si "dia"?
sejauh manakah si "dia" kau kasihi?
apakah sanggup kau redah lautan api bersamanya?
atau ianya sekadar ayat hiperbolamu semata?
menjadi pembakar cinta nafsumu?
cinta monyet kah?
kemana kah pengakhiran semua ini?
bahagiakah?
ke syurgakah?
akhir soalan dariku..
Tuhan redakah semua ini????
No comments:
Post a Comment